October 2, 2007

20 Ramadhan

Korang tahu aper kegilaan ketika ini? Aku bukan cakap aku gila lah... walaupun ada kemungkinan ada skrew kat kepala aku yang longgar...

Ni.. benda yang agak baru. Mungkin dah lama, tapi aku je yang baru join. Hah! BUKUMUKA. Korang dah masuk ke? Kalau belum, kasi tau sama aku kau punya email, nanti aku tambah masuk. Laman web ini sangat menarik. Lebih menarik dari laman web PENGKAWAN. Aku tak tipu. Aku semacam sudah ketagih. Tak habis-habis asyik cuba benda baru. Kalau bos aku lalu kat belakang, aku ajak la dia masuk sekali... Ha ha ha...

Jadi, apa cerita kau yang terbaru? Cerita aku yang paling baru... Hmm... Minggu lepas semua kerja kertas aku dah selesaikan. Duit pun dah bertukar tangan. Tanpa disedari hari raya ini aku pokai lagi. Ha ha ha... Tak aper lah, ek? Setahun sekali. Hahaha.. Minta maaf kalau korang tak faham. Ni seperti lawak peribadi yang hanya orang tertentu akan faham. Dan memandangkan ini adalah buku luahan hati atas talian aku, kalau korang tak faham pun tak apa. Sungguh kejam.

Apa-apa pun aku mengharapkan perubahan baik itu akan berlaku dalam minggu. Bila dah jadi nanti, aku bilang sama kau orang lah. Cuma aku berasa agak terkilan dengan tukang jual tuh. Haih. Macam itu la kan. Orang yang jual-jual barang ni, tak kira la barang tu kecik ke besar, dia punya inti serupa sahaja. Cakap sahaja lebih tapi bila sampai masa penghantaran, macam hampas kelapa. Kering kontang! Yang pasti kebarangkalian untuk aku syorkan tukang jual ni pada orang lain amatlah tipis.

Kadang-kadang, orang yang paling melukakan hati kau dan aku ialah orang yang rapat dengan kita. Betul tak? Semalam sewaktu aku bercerita dengan kawan aku yang aku dah kenal lebih dari setengah hidup aku, kawan baik lah bak kata budak sekolah, hati aku terguris lagi dek sebabkan kata-kata dan tingkah dia. Sampai bila mau tahan beb? Tapi nampaknya dinding pertahanan aku masih kukuh kerana aku berjaya menahan diri aku dari menyembur kawan aku ni. Aku angkat kaki jalan aje. Ha ha ha... Mungkin satu hari akan terkeluar juga, tapi buat masa ni aku berdoa supaya lambat lagi lah masa itu akan tiba...

Jadi, kalau semuanya berlaku seperti yang dirancangkan, minggu ini adalah minggu terakhir aku bersama-sama dengan Tweety. Dia dah banyak berjasa pada aku. Dah jauh dia pergi semata-mata nak tolong aku dan puaskan hati aku. Tapi bak kata orang, setiap yang baik itu pasti ada pengakhirannya. Di mana dengan berakhirnya era itu, ia menjadikan kita lebih matang. Cheeewaaahh!!

Apa lagi ek? Kurang dua minggu dah nak raya seh.. Korang dah beli baju raya? Aku sebenarnya malas nak pegi beli. Tapi hujung minggu yang baru lepas nih, mak sibuk ajak pegi Carrefour tengok baju. Aku pergi la, tapi tak ada satu pun yang buat aku terpikat. He he he.. Mak aku suka bunga besar-besar dan warna-warni. Anak perempuan dia ni suka yang bertentangan. Akhirnya, nak puaskan hati dia, aku beli la sepasang baju kurung. Tanah warna putih, bunga kecik-kecik warna biru. Kata label sutera cina, aku tak tau la kalau kene tipu kan? Pedulik lah...

Sekali tu, aku dapat tau, ada orang nak belikan baju raya untuk aku. Yahooo!!! Macam seronok je kan? He he he.. Tapi dia cakap memandangkan aku dah beli, tak payah la dia belikan lagi. Aku cepat-cepat cakap mak ada suruh cari lagi sepasang. Ha ha ha... Tu, tak tau la bila nak pegi kan...

Lewat minggu ni Cik Pah akan turun ke KL lagi. Kali ni nak beli kain yang kitorang tengok hari tuh. Harap-harap masih ada. Tapi kalau tak ada, bakal suami dia dah cadangkan warna biru macam Honda CRV. Hah! Biru macam mana tu? Masa Cik Pah bagitau, aku gelak tak berhenti. Aku tak rasa warna tu sesuai buat baju kot... Apa-apa pun kita tengok ajer lah hasilnya nanti hujung minggu ni.. He he he..

Selamat berpuasa untuk hari-hari yang terakhir ini. Sedih pulak sebab hari sepuluh terakhir ini kapal berlabuh. Apasal la dia pilih sekarang kan? Tak pa. Apa-apa pun, aku rasa lagi seronok puasa tahun ni dari tahun lepas. Sekurang-kurangnya itu satu pencapaian kan?

3 comments:

UglyButAdorable said...

wahhh..dasatnyer bahasa adik..:)

tahniah utk tweety baru itu, atau adakah nama baru yang lain??

jangan lupa kakak ini yaaa..

kakak pun membeli-belah juga..adusss.. rabak jugaklah poket ini...

bak kata adik..setahun sekali kan??

D.N.A.S said...

Wow, tweety akan di tamatkan perkhidmatan? Siapakah penggantinya? Cheng cheng cheeeeeng....

Hajar said...

UBA: nama dia lain...

dnas: sudah pun ditamatkan perkhidmatan pada hari rabu... huwaaaaa...