Kapal dah berlayar semula!! Yeay! Capal Perak gelakkan aku bila aku gunakan metafora kapal berlabuh dan berlayar. Tiap kali jumpa mesti tanya kapal dah berlayar ke belum. Sibuk je...
Hari-hari terakhir dalam Ramadhan 1418... Aku agak gagal dari segi mengawal emosi marah. Kenapa? Sebab aku dikelilingi dengan orang-orang yang pendek akal. Orang-orang sebegini memang mebuat kau hilang sabar dengan lebih cepat.
Ada sorang pakcik kat pejabat aku nih. Aku tak tau lah macam mana dia boleh survive selama ni dalam dunia pemasaran. Aku tak pasti macam mana dia boleh close the sale atau make the deal. Sesungguhnya memang aku tak faham. Bila aku pergi mesyuarat dengan dia, pening kepala aku nak betulkan fakta-fakta yang dia beri pada client. Okay la, mungkin aku tambah garam dan gula sikit (exaggerate). Tapi kenyataan itu tetap benar. Bilalah agaknya pakcik ni nak bersara kan? Rambut pun dah tak ada kat tengah-tengah kepala tu. Mungkin dia patut bercuti panjang. Apa-apa pun, aku mestilah menghadapi keadaan nih.
Lepas tu, ada satu perangai warga baru kat Daun Semalu nih yang sangatlah aku meluat nengoknya. Diorang ni datang dari syarikat-syarikat berjenama antarabangsa. Contoh nya seperti Golekmotorlah dan Dalamtel. Sakit jiwa sebab tak habis-habis bandingkan kalau kat Golekmotorlah macam ni. Masa kat Dalamtel kita buat macam ni. Alahai.. kalau syarikat tu bagus sangat, kenapa sekarang kau ada kat Daun Semalu? Kalau kau suka sangat cara kerja kat sana kenapa tak dok diam-diam kat situ? Oh... aku faham, masa kau kat sana kau hanyalah eksekutif kelas bawahan. Sampai kat sini dengan ilmu kau yang tak seberapa tu kau dapat jadi kelas atasan. Tapi pikirlah balik. Tak ada guna kau nak berlagak itu ini kalau satu kerja kau pun susah nak jalan. Bak kata penyanyi barat tuh, Rihanna, Shut up and drive! Kalau kau tak paham jugak, aku rasa kau tak patut berada di mana kau berada sekarang. Jangan jadi tong kosong. Bising aja lebih, tapi isi tak dak. Bak kata omputeh empty barrels make the loudest noise. Kau nak jadi camtu ke? Tepuk dada, tanya selera dood.
Lagi, apa aku nak membebel. Oh... Orang-orang yang suka minta itu ini last minute. Orang-orang yang suka minta dokumen itu dan dokumen ini sedangkan dokumen itu tak wujud pun lagi dalam organisasi ni. Jadi, apa cerita? Kadang-kadang, boleh jadi gila. Dalam mesyuarat tadi aku terasa macam nak cari kerja lain ajer. Bukannya tak der Pemburu Kepala yang telefon aku dan tanya. Aku je yang berasa malas nak bergerak untuk masa sekarang. Lagipun, aku nak pastikan ada sesuatu yang menjadi bekas tangan aku kat sini. Lepas tu baru la boleh bergerak.
Hari ni dah cukup dua bulan aku secara rasminya dikeluarkan dari pasaran perseorangan (man! this effort to write in Malay is killing me!!) Maaf sebab penggunaan bahasa kebangsaan aku agak pincang. Tak seronoklah bercerita tentang hari-hari menggunakan bahasa surat. Aku salahkan diri sendiri sebab kurang membaca dalam bahasa ibunda. Padan muka aku! Okay, sambung balik luahan hati.
Sudah dua bulan. Kau tanya aper aku rasa? Seronok la beb. Tapi kadang-kadang tu risau dan seghiau jugak. Ini keputusan yang sangat besar. Tak boleh undur balik, okeh? Nak tak nak, ada perkara yang berlaku atau kata-kata yang dituturkan menyebabkan kita tersentak dan berfikir. Tetapi kalau kita nak menjadi terlalu kritis bila berkait dengan hubungan dua insan, susahlah kan? Sampai bila pun tak boleh jadi macam tu. Jadi, aku berkeputusan untuk buat yang terbaik dan harapkan yang terbaik. Jangan salah faham. Capal Perak layan aku dengan baik. Dan aku boleh bagitau dia apa saja. Tak de hal punya. He he he...
Aku di awan ke sembilan.
Dah... aku nak berenti merapik kat sini. Karang entah apa lagi la yang aku mengarut...
Tiga hari lagi nak raya!!
ps: hari ni aku pakai baju agak lip lap. orang ingat aku dah pakai baju raya... :-p
3 comments:
i have probs reading your formal language too. kena translate to english hahahahaha...
bukan nak eksyen tak paham melayu, but i am only fluent in bahasa melayu hari2 :D
Salaam jade
Agaknya dah lama tak singgah ke sini. Ada perubahan dan ada juga kelainan. Ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Harai Raya dan Maaf Zahir bathin kepada jade dan juga pengunjung situs ini.
n|ns: padan muka kita.. hahaha...
galing: selamat hari raya dan maaf zahir batin!
Post a Comment