October 8, 2007

26 Ramadhan

Kalau tak silap aku, esok ANGKASAWAN pertama kita akan menggapai angkasa (cheewaaah).

Banyak betul cerita sumbang yang aku dengar pasal program angkasawan Malaysia ni. Mula-mula dulu cerita pasal depa nak buat roti canai kat space. Lepas tu buat teh tarik. Dan semua orang cakap program ni mengarut dan membazir duit rakyat.

Macam ni lah. Mana-mana negara pun, mana-mana kerajaan pun, tak semua orang akan puas hati. Mesti ada suara-suara yang menentang. Ini semua lumrah alam. Serupa juga macam kita, tak semua benda yang kita nak buat atau suka buat, semua orang yang kita kenal suka, kawan-kawan atau keluarga. Ada yang menyokong, ada yang tidak.

Sekarang ni suara-suara sumbang kedengaran lagi. Sebabnya, NASA, agensi angkasa lepas Amerika tu, panggil angkasawan Malaysia sebagai "peserta penerbangan angkasa" (spaceflight participant). Bukan diklasifikasikan sebagai astronauts atau cosmonauts. Kata orang, apa ada pada nama. Kata mat saleh, a rose is a rose by any other name.

Apa yang penting sebenarnya, orang Malaysia akan ke angkasa lepas. Dan ini adalah langkah pertama untuk beribu-ribu langkah berikutnya. Sepuluh hari diberikan untuk menyelesaikan eksperimen yang dirancang dan kembali dengan hasil dan keputusan. Biar aku katakan di sini, ia bukan perkara mudah. Pertama sekali, suasana di angkasa berlainan. Kedua constraints yang ada dari segi fizikal dan mental. Ketiga jangkawaktu yang ada sangatlah sekejap.

Mungkin kita rasa buang masa dan tenaga sahaja. Mungkin juga kita katakan ini semua propaganda politik. Segala kemungkinan itu di luar kawalan kita. Dan aku petik daripada lawan web rasmi angkasawan malaysia: The programme is part of an offset agreement between Malaysia and Russia in relation to Malaysia’s purchase of Russian-made Sukhoi-30MKM fighter jets. Through this package, the Russian government agreed to train two Malaysians, one of which will make the journey while the other one will act as his backup. The Russian Government will bear the costs.

Kalau kita nak ikut apa yang ditulis di sini, duit kita digunakan untuk beli jet pejuang. Dan bukan untuk hantar Dr Angkasawan ke angkasa lepas. It macam side benefit ajer.

Apa-apa pun, biarlah diorang nak hantar. Antara objektif yang diorang cakap untuk menaikkan semangat generasi muda. Kau sedar tak, generasi muda tu, bukan kau dan aku. Tapi untuk anak-anak dan cucu cicit kita nanti. Jadi, kalau kita tak teruja sangat pasal program ni, biarlah anak-anak kita tu ada impian yang menggapai angkasa. Kita ni dah terlalu jaded untuk menghargai perkara-perkara begini. Kita dah terlalu seasoned kerana pengalaman dan pengetahuan dan insider knowledge yang kita dapat selama ini, menyebabkan kita susah berasa bangga atau seronok dengan program angkasawan. Serius.

Kalau dulu kita hanya mimpikan untuk naik kapal terbang pergi melawat Big Ben. Impian itu sudah pun menjadi nyata. Dah ramai orang jumpa Ben yang Besar (aku belum lagi). Kini, anak-anak kau dan aku tak hairan dah kalau orang cerita diorang melawat Gold Coast. Jadi biarlah anak-anak kita bermimpi.

Walaupun begitu, aku ini tidaklah tanpa pertanyaan dan sangsi tentang program angkasawan kita ni. Macam aku cakapkan tadi, kita begini kerana pengetahuan yang kita ada. Maka kita punya banyak soalan dan kesangsian.

Kenapa pilih doktor? Kalau pilih salah seorang juruterbang tentera kita yang handal mungkin dah boleh dipanggil sebagai ASTRONAUT dan bukan diklasifikasi sebagai pelawat. Jawapannya mungkin sebab objektif program ini nak buat eksperimen saintifik. Kalau betul-betul nak jadi juruterbang kapal angkasa, mungkin relevan menghantar juruterbang atau flight engineer. Seterusnya, sekiranya nak jadi juruterbang kapal angkasa, ia akan memakan masa latihan yang bertahun-tahun. Nanti tak boleh pula nak pastikan orang Malaysia pertama di angkasa sampai pada ulang tahun Malaysia yang ke-50.

Banyak lagi soalan, tapi aku malas nak tulis, sebab aku ada jawapannya berdasarkan apa yang kita baca, apa yang kita dengar, apa yang kita tahu. Cuma emosi kita yang menyebabkan kita bertanya dan bertanya, dan akhirnya memperlekehkan cita-cita seorang Perdana yang telah bersara.

Sebenarnya, misi setiap negara adalah cita-cita pemimpinnya. Tiada salahnya di sini. Kerana percayalah, kalau kau atau aku yang menjadi pemimpin negara, kita pun akan cuba untuk merealisasikan cita-cita kita. Kerana tak semua impian kita itu dapat kita capai seorang diri, selalunya kita perlukan bantuan. Maka Dr Angkasawan telah membantu orang lama merealisasikan mimpi seorang anak kecil, tujuh puluh tahun yang lalu.

Tak salah kan?

Kalau bila kedua-dua doktor balik ke Malaysia kemudia diberi gelaran "Datuk", perlukah kita menjerit lagi? Aku rasa tak perlulah. Boleh dikatakan diorang berdua meletakkan nyawa sebagai taruhan dengan mengikuti program ini. Betul tak? Jadi, kalau orang Malaysia bertaruh nyawa untuk nama Malaysia, kalau diberi ganjaran, memang wajar bukan? Kalau kita boleh beri gelaran "Datuk" kepada orang Malaysia yang menyanyi atau berlayar, kenapa tidak kepada yang pergi ke angkasa? Inikan Malaysia.

Di sini, Jade nak merakamkan ucapan syabas kepada Dr Sheikh Muszaphar kerana akan menjadi orang Malaysia yang pertama di angkasa. Dan juga syabas kepada Dr Faiz kerana menjadi duo Malaysia yang pertama mengikuti program ke angkasa lepas.

Dan sewaktu kita semua sibuk makan ketupat dengan keluarga, kedua-dua rakyat Malaysia ni berada jauh dari pangkuan keluarga. So I say, give them a break.

Lagi empat hari nak raya...!

ps: kepada fellow Excebix, sori tak dapat join korang semalam. Macam yang saya cakap kat Queen, I had to be with my family.

2 comments:

D.N.A.S said...

Part 'mempertaruhkan nyawa' tu saya sangat setuju.
Going to the outer space is not like visiting a zoo. So many things can go wrong during launch, in and out of atmosphere, up there at the research station and during landing. Let's not forget the space shuttle Challenger disaster, that blew up and killed all 7 crew members. It was caused by mechanical failure and NASA managers' stubbornness to listen to the engineers who advised them not to launch on such a cold day.
I urge all Malaysians to pray for our DSM. We all should be proud of him.

Unknown said...

hehehe, haku teringat kat member aku sorang. bapak dia pi outer space. bila uncle dia tipon, dia jawab ... bapak dia pi outer space ... minggu depan dia balik, mak dia pi pasar, tapi dia tak tau bila balik

:D

*member tu org vietnam. bapak dia org vietnam pertama pi angkasalepas.