Kalau kita perhatikan betul-betul, setiap tahun harga buffet di hotel-hotel makin meningkat. Aku peliklah.
Bila subsidi petrol dikurangkan, harga minyak naik, bertimbun-timbun orang menjerit-jerit tidak puas hati. Tapi bila harga buffet naik semasa bulan Ramadhan, tidak ada pula suara-suara yang sumbang itu? Semakin ramai yang pergi berbuka di hotel adalah. Tidakkah kau rasa satu kepelikan di situ?
Mungkin ada yang mengatakan, "Ahh... petrol dituang hari-hari. Berbuka puasa hanya di bulan puasa. Apa salahnya berbelanja..." Pasti ada yang berpendapat demikian. Aku perhatikan, petrol adalah satu keperluan, tetapi berbuka di hotel hanyalah satu kehendak. Cuba bayangkan, dari berbelanja RM100 untuk berbuka di restoran lima bintang, kita boleh makan macam-macam kalau hanya ke pasar Ramadhan. Sudahlah begitu, boleh menjamu keluarga dan sahabat lagi!
Kadang-kadang kita sebagai manusia memang alpa. Bukan aku hendak menunjuk pandai, tetapi ia membuatkan kita berfikir, bukan?
Aku sendiri, di tahun-tahun yang lampau, acapkali berbuka di hotel. Wah... terasa begitu gah sekali kerana dapat makan di tempat yang posh dan menjamu makanan yang bertaraf tinggi. Sedap! Sekurang-kurangnya dalam seminggu, pasti sekali dua berbelanja puluhan ringgit untuk berbuka. Mewah sungguh!
Tapi mungkin sebab usia menjadikan kita lebih matang. Agaknyalah... Kini, aku lebih selesa berbuka di rumah. Hampir setiap hari aku memasak! Sungguh memeranjatkan! Aku sendiri terperanjat dengan perubahan ini. Ha ha ha... Dah tua lah tu, namanya, eh? Semalam, padprik daging, hari sebelumnya black pepper udon. Boleh tahanlah, eh? Hari ini, mungkin menu nasi goreng. Lebihan nasi semalam sayang dibuang begitu sahaja.
Pun begitu, esok aku ada jemputan ke majlis berbuka puasa bersama rakan-rakan sewaktu di universiti. Berbelanja besarlah aku esok untuk berbuka. Harap-harap juadahnya tidak mengecewakanlah...
Okaylah, sudah panjang aku membebel. Cakap banyak nanti pasti ada yang tersilap. Lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini.
Apa menu petang ini?
3 comments:
aku bulan posa ni salu gak makan kat hotel ... mang betui ... makin mahal ... adik aku belanja ... belasah habis2an ... hehe
selamat berpuasa :-)
petang ni saya nak masak roti John sebab John Labu and John Labi (Wazif & Shawqi) memang suka makan roti John.
Tahun ni takleh buka puasa mewah2 sebab lepas raya ni road tax keta nak kena renew.
makin mahal. but yesterday there were 1100pax in the hotel!!!! OMG!!!
Post a Comment