Sebelum masuk panggung...
Dia tanya, "U tak nak beli tisu?"
Aku pun pandang dia dengan penuh tanda soklan kat muka. Dia pun kata, "orang kata citer ni boleh nangis..."
Aku tergelak sambil kata dengan eksyen nyer, "eleh... tak nangis.. u tengok la nanti kalu tak caya..."
Masa dalam panggung...
"iskk.. alamak... jangan nangis.. jangan nangis.. control Jade.. control..."
Lepas tu... dia genggam erat tangan aku.
"he he he... agaknyer mamat ni pun nangis kot... muahaha..." aku tergelak dalam hati.
Dan air mata aku mengalir...
Bila keluar panggung...
Dia senyum jer kat aku. Tak de pun cakap, "I told you so..."
-----------------------------------------------------------
So, itu semalam. Aku pergi nonton CINTA. Korang pun tau kan, aku sangat sangat jarang tengok filem buatan Malaysia. Bukan sebab sombong atau berlagak atau perasan, cuma aku muak disogok dengan jalan cerita yang tipikal. Cerita-cerita yang aku dah boleh agak apa akhirnya.
Mungkin aku boleh agak apa yang akan berlaku dalam CINTA, tapi kenapa aku masih lagi suka tengok? Mungkin sebab CINTA adalah cerita kau, cerita aku dan cerita mereka. Kau tak nak nangis, tapi kau tak terelak dari tersentuh. Kau tahu ia hanyalah filem, tapi kau masih mengiakan kebenarannya. Dan sebab itulah kau akan mengalirkan air mata.
Ada beberapa adegan di mana dialog pelakon sukar didengari. Sebab pelakon kekadang berbisik. Dan maaf, suara Jacyln Victor menyanyikan lagu Cinta terdengar seperti cengkerik yang begitu memekakkan. Mungkin dia punya taktik untuk mengawal alunan suaranya, tapi sungguh tidak sesuai pada aku untuk dia menyanyikan lagu syahdu seperti Cinta.
CINTA adalah cerita hidup aku, kau dan mereka. Ada suka, ada duka. Ada yang pasti, dan ada kejutan. CINTA buat kau berfikir adakah kau sedang menikmati segalanya yang dianugerah Tuhan padamu. Adakah kau menggunakan masa dengan optimum buat orang-orang yang kau sayang dan orang-orang yang sayangkan kau. CINTA buat kau bertanya samada kau sedang melepaskan sesuatu yang begitu berharga dalam mengejar ketidakpastian yang nyata. Maka CINTA akan membuat kau ketawa, sedih, mungkin mengalirkan air mata dalam diam, berhenti dan berfikir.
Perlu tonton? Kau tak akan mati atau sakit atau kecewa kalau kau tak pergi tengok. Tapi kalau kau mahu sessi apresiasi filem Malaysia, kau pergi la tengok. Kalau cerita ini hanya ditayangkan dekat Gold Class, aku masih pergi tengok. Tapi, kau tak perlu terima apa yang aku cakap, kau tak perlu percaya apa yang aku kata. Kau pergi la tengok.
Dalam kereta...
Dia kata, "I might be wrong, tapi kalau tak silap, they did not say "cinta" once dalam dialog."
Aku kata, "Hmm.. yer kot.. "Sayang" ada banyak kali."
Meow.
Nota kaki: Web dan ulasan filem.
9 comments:
Anda sedang bercinta?? :D
Aku belum lagi tengok cerita ni dan aku memang jarang tengok cerita melayu. Cerita melayu yang aku pernah tonton ialah
1. Perempuan, Isteri, & ....
2. Jogho
3. Kaki Bakar
4. PGL the Movie
During the last hari raya, i managed to catch a few pilem melayu. Semuanya tak sedab kecuali pilem 'Rock'. i like it so much that i thought of getting the DVD.
Semalam, i bought DVD My Hearts. Ingat nak tengok week-end ni. i like the sound-track so much that it enticed me to see the movie.
Nak komen bab cinta ni, aku tak pandai sangat. Tapi aku rasa kalau cinta tu semua indah aje itu bukan namanya cinta. Yang buat cinta itu cinta ialah bila adanya perasaan remuk redam, gundah gulana, hiruk pikuk, luka berdarah, pilu derita giler.....baru le boleh dikategorikan sebagai cinta agung.
Akhir kalam, aku rasa aku tak leh tonton filem cinta sebabnya bila aku tonton filem Rambo pun dah menangis macam pili bomba pecah.
Maaf jade kerana panjang sangat komen ni.
Dear Jade
Try this....
http://www.rcs.k12.va.us/csjh/japanesename.htm
nahlah: tentu sekali tidak.
galing: saya setuju dengan pandangan awak.
meow indeed...
now, is there something i should know about that you have not told me????
Jade,
i'm going to watch this movie with a girlfren tomorrow morning at GSC OU. Wish me luck. After reading the synopsis I know there'll be a few stories in that movie that are almost like mine. So, I am going to bring tissues.
ada nanu mentioned CINTA once lepas die helped adik dia tu.
Teruk betul CINTA ni..
I cried like so teruk ok? few times lak tuh. adeh.buat malu. Cik Abe dh usap2 kepala suruh cool down. malu kt org :p
anyway,
god job malaysian.
p/s: kak jade, i thought of watching it another round too :D
tumpang lalu jade....
..Nak komen bab cinta ni, aku tak pandai sangat. Tapi aku rasa kalau cinta tu semua indah aje itu bukan namanya cinta. Yang buat cinta itu cinta ialah bila adanya perasaan remuk redam, gundah gulana, hiruk pikuk, luka berdarah, pilu derita giler.....baru le boleh dikategorikan sebagai cinta agung.... <---sounds familiar....huhuhuhu...ohh! akulah orangnya...
lap u long long time preng
nazrah: errmm.. when there's something to tell, i will.. :-)
dnas: yea... bawak jer tissue kotak terus. boleh buat amal kasi kat orang lain dlm panggung tuh.. hehe...
pink: yea.. I remember Dyan mentioned the word. i was referring to "Aku cinta kamu".
queen: *hugs*
Post a Comment