Tweety dengan rasminya ditamatkan perkhidmatan (pinjam ayat dari DNAS) pada hari Rabu bersamaan 21 Ramadhan. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... Pilu sungguh bila nak meninggalkan dia di kedai jual kereta tuh. Huwaaaaaaaaaaaaaa... masih terasa sedih apabila mengingatkannya. Aku peluk dia kuat-kuat. Tak kira lah saper pun yang pandang atau gelakkan aku pada hari itu.
Ceritanya, Rabu pagi aku ada mesyuarat kat tengah-tengah kota KL yang sesak itu. Masa sedang berdiskusi tu dapat panggilan telefon dari tukang jual. Dia tanya bila aku nak datang amik alat pengangkutan baru. Aku dalam terkedu bagitahu dia yang aku akan datang semasa waktu makan tengahari.
Habis mesyuarat, aku pun heret lah kawan pejabat aku yang pergi ke mesyuarat tu bersama-sama dengan aku ke kedai. Nah. Comel sungguh alat pengangkuatan aku yang baru kelihatan diam menanti di dalam kedai. Aku tersenyum. Tapi hati dah bagai dirobek apabila mengingatkan Tweety yang akan kutinggalkan pada hari itu. Haih. Sedih wooooooooooo....
Dipendekkan cerita, alat pengangkutan baru itu aku periksa bersama-sama dengan kawan pejabat dan tukang jual. Aku suruh dia cabut semua plastik. Malu seh orang tau baru keluar kedai. Heh! Kunci bertukar tangan. Barang-barang dialih dari Tweety. Dan akhirnya aku peluk Tweety dengan sebelah kaki terangkat merangkul rangka tubuhnya (hahahaha... bunyi macam agak 18SX di sini...). Kalau kawan pejabat aku tidak berada bersama-sama dengan aku ketika itu, sudah pasti aku menangis teresak-esak. Dia cepat-cepat melaungkan nama aku kuat-kuat, menyuruh aku masuk ke pengangkutan yang baru. hahaha...
Capal Perak tak dapat datang sebab dia ada hal yang perlu dilakukan. Kalau tidak, aku pasti dia dah ambil gambar aku yang sungguh "melucukan" (mengikut ayat dia) itu. Silap-silap dia muat naik gambar itu ke Pengkawan pula nanti! Walaupun begitu, kalau dia ada, mesti agak-agak romantik gitu, sebab dia mesti nak pujuk aku kan? Muahahahhaha... Gatal betul Jade nih rupanya! hahahaha...
Bukan aper.. bak kata U N G U... "Aku ingin engkau slalu, hadir dan temani aku, di setiap langkah, yang meyakiniku.." muahaha... jiwang sket..
Berikut ialah gambar-gambar terakhir Tweety... Nak jadi cerita, aku kasi dia mandi pagi tuh... Huwaaaa....
Secara tak rasmi, inilah gambar alat pengangkutan baru aku...
And sebelum korang cakap aku nak berlagak, aku cakap kat sini, aku sangat bersyukur. ;-)
5 comments:
:-)
alhamdullillah
adik..kalau nak berlagak pun takper..this is yur blog and it is your hard earned money u get from kan...
enjoy yur raya..with your new aper namer baruh nieh?? sian tweety...
Halloooooo.... yang sebelah kiri ke yang sebelah kanan wey?
Tapi kalau mengikut your wishlist tu, my guess is yang warna maroon tu le. Kena bagi nama macho sikit lah....
Sylvester is out, ok. Unless you tambah Stallone kat belakang dia.
bilalaaa boleh tumpang2 keta baru tuh? hehehe
AM: alhamdulillah.. :-)
UBA: hmm.. buat masa ni nick name dia Red. hehe..
dnas: actually tak ikut wishlist pun! hahaha... tapi yg kaler merah la.. next round boleh la kot yg sebelah kiri plak... ;-)
n|ns: anytime babe, anytime. u yang busy sangat!
Post a Comment