September 17, 2007

5 Ramadhan

Hari ini hari ke lima Muslim seluruh dunia berpuasa. Mungkin ada yang baru hendak bersahur. Mungkin juga ada yang sudah hampir berbuka.

Pepatah Inggeris ada mengatakan "you win some, you lose some". Maka keadaan yang aku alami ketika ini boleh disamakan sedemikian rupa. Realiti yang aku tunggu untuk berlaku di bulan September ini semakin menampakkan bibit-bibit positif. Walaupun begitu, ada sedikit pengorbanan yang perlu aku lakukan untuk menjadikan impian ini satu kenyataan. Kata orang, kesusahan untuk merealisasikan sesuatu akan menyebabkan kita lebih menghargainya apabila ia terjadi. Sungguhpun begitu aku bersyukur. Setiap satu yang Dia tentukan untukku, sentiasa ada hikmah di sebaliknya.

Minggu lalu, 2 Ramadhan, aku mendapat satu panggilan telefon yang tidak kujangkakan. Walaupun ia baru satu permulaan, tetapi kemungkinan satu lagi impian akan tercapai menyebabkan aku berasa begitu bertuah dan dirahmati. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui waktu dan cara yang terbaik untuk setiap sesuatu buat hambaNya. Pun begitu, kerana ini baru di tingkat awalan, biarlah ia kusimpan dahulu. Sekiranya ia telah membesar dan menampakkan hasil, sudah pasti akan kukongsi bersama-sama rakan sekalian.

Hari ini 5 Ramadhan, apa yang hebat berlaku untukmu?

Sesungguhnya ada orang mengatakan perkara-perkara manis yang mungkin berlaku di dalam bulan yang mulia ini. Jauh di sudut hatiku, aku berdoa agar pemberianNya kali ini benar-benar hak diri yang serba kekurangan ini. Acap kali apabila aku memiliki sesuatu, sudah pasti akan terjadi sesuatu yang kurang enak. Dan akhirnya aku akan menangis, bilakala aku memilikinya aku sungguh gembira. Di saat ini, di ambang untuk memiliki sesuatu, aku masih merasa sangsi, tiada tawa atau senyum yang benar-benar dari hati. Kerana kini aku pasrah ketentuan Ilahi. Sesungguhnya Dia lah yang memberi, dan Dia lah yang mengambil bila saja Dia mengkehendaki.

5 Ramadhan belum berakhir lagi. Dan mungkin banyak lagi yang indah yang masih menanti. Ameen.

4 comments:

Azer Mantessa said...

semoga hajat yang baik kesampaian

:-) amin

gravtkills said...

selamat berbuka

D.N.A.S said...

Isy, suspense nya.... Bila la nak konpem news tu? Tak sabar nak dengar ni...

Hajar said...

azer: tima kasih.. ameen..

gravt: selamat berbuka to you too!

dnas: hehe.. nanti la.. doa2 kan ler.. insyaAllah...