August 21, 2006
Jiwang sket...
Dan mungkin juga kerana apabila kau menoleh ke arahku, aku berpaling ke arah lain. Bukan kerana melarikan diri. Hanya kerana tumpuanku pada perkara remeh yang berlaku di sekelilingku. Munkin kerana tusukan matamu tidak terterjah ke anak mataku maka hati-hati kita tidak bertaut. Maka kau masih di sana. Dan aku masih di sini. Masing-masing tertanya-tanya. Mungkin hampir semua mimpi-mimpimu sudah menjadi kenyataan melainkan bertemu aku. Tapi masih banyak lagi igauanku yang belum aku langsungkan maka mungkin kerana itu palinganku selalu saja tidak menentang tenunganmu. Maka masa menjadi mistik. Dan cinta ditolak ke belakang sementelah belum ada keperluan. Maka kau menapak pergi dan aku masih menanti. Atau mungkin aku yang melangkah dan kau yang statik? Kau hanya menanti akan hari aku akan berhenti berlari dan kemudian mengukur langkah ke arahmu. Kau sudah lama menanti. Tapi aku dalam penantian masih berlari dan kau disisif menunggu aku berhenti di sampingmu lantas menggenggam erat tanganmu. Dan apabila itu menjadi realiti, kau tak akan biarkan aku berlari sendiri lagi. Dan kau katakan, tidak perlu berlari, mari saja kita melangkah perlahan dan nikmati kurnia Ilahi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Bukan jiwang sket, tapi jiwang banyak tuh hehe just joking :)
errrr..now i dun wonder anymore why my form 5 karangan is c5..dude..i can't never write like that..jiwang rabaks laaa
steady lah dik! lama tak nampak this side of u.
oohh.. la, la.... nice!
hey, jz bloghopping from UBA!
vedd: sekali sekala kan.. hehe
adorable: dah rabak kene jahit balik!!
nazrah: kuang kuang kuang.. mcm in the mood plak..
angel: hey! thanks for gracing by!
jade, ini sangat jiwang, tapi apasal pendek sangat... hehe
A-
Can do better.
he he
batu: sket2 cukup... byk2 kang angau plak..
galing: :-P
Post a Comment