October 3, 2008

Kerana Itu Aku Sayang Kamu


Kamu tidak pernah berjanji
Kata manis jauh sekali
Tiada ungkapan
menanam tebu di pinggir bibir

Kerana itu aku sayang kamu

Kamu tidak pernah menebar mimpi
Tiada awan atau pelangi
Yang lagak menghiasi
setiap kata-kata atau aksi

Kerana itu aku sayang kamu

Setiap langkah kita bersama
Kau ingatkan aku agar tidak leka
Tidak terbuai oleh minda
Masih berpijak di bumi nyata

Kerana itu aku sayang kamu

Setiap bicara dikongsi berdua
Kita titipkan angan dan cita
Namun mereka semua adalah
Apa yang kita ingin bina

Kerana itu akan aku tunggu
Kerana itu aku sayang kamu

jade - oct08

No comments: