Kau berangan lagi Didie?
Huh? Apa? Oh.. Julie. Aku...
Sudahlah Didie, tak ada gunanya kau fikirkan tentang dia lagi. Barang yang lepas usah dikenang.
Tapi Julie, aku sayang padanya. Kau tak mungkin faham. Semuanya sempurna, tiba-tiba, lenyap.
Tiada yang sempurna dalam hidup ini. Kau, of all people should know that.
Alas... I'm only human. Dan hati aku juga hati wanita Julie.
Suatu masa dulu, kau pernah ingatkan aku. We belong to no one but ourselves. Tapi sekarang.. kau seperti hilang arah. Mana pergi kepastian dan kekuatan kau?
(Senyap. Sunyi. Hanya terdengar nafas turun nai dengan perlahan.)
Entahlah. Aku pun tidak tahu apa lagi yang harus kukatakan. Bukan aku yang memikul bebanmu Die. Tapi aku juga sayangkan kau. Melihat kau sebegini seperti melihat si ibu meratapi pemergian anaknya ke peperangan yang tidak pasti. Kau perlu kembali Die. Kau perlu ada di sini!
Aku masih di sini Julie. Kau tahu aku juga sayangkan kau. Aku juga tidak tahu bagaimana mesti aku tunjukkan agar kau fahami gersang hati ini. Kosong! Aku seperti hilang tiang yang selama ini mengibarkan bendera cinta agung. Mataku kini seperti buta dan tiada lagi warna yang menghiasi duniaku. I'm in black and white world! Empty.
Jangan berlama-lama begini Didie. Aku tidak mahu kau menjadi Kassim Selamat seperti dalam ceriti Si BatuApi.
Oh Julie... masih upaya kau berjenaka denganku di ketika ini. (Tersenyum)
Didie, kau akan berjumpa dengan penggantinya nanti. Percayalah!
Tidak akan sama dengan yang telah pergi. Tiada lagi mata biru yang akan merenung dalam menusuk pandanganku. Tiada lagi kemanjaan yang sering menyambut kepulanganku. Tidak sama dakapan yang hangat menemani tidurku. Aku sepi.
Sudahlah Die. Jangan terbawa-bawa dek hati yang sunyi. Temani sahaja sedihmu dengan lagu-lagu nyanyian Si Mawi.
Julie! Hentikan lawak bodohmu itu. Aku masih grieving!
Ha ha ha. Aku perlu pergi Die. Kau jaga dirimu baik-baik. Dan Si Tompok yang telah meninggalkanmu itu, mungkin dia berada di tempat yang lebih baik. Sudah aku katakan, belikan Friskies. Tapi kau degil dan masih memberinya Whiskas. Ahh.. aku dah lewat.. pergi dulu.
Hmmphh.. Pandu kereta itu elok-elok. Oh Tompok... kenapa kau tinggalkan mummy? Mummy sayang padamu, tidakkah kau rindukan mummy? Pulanglah Tompok...
No comments:
Post a Comment